Lelaki Kejam Basuh 3 Ekor Kucing Di Pusat Dobi Layan Diri

Terkejut juga apabila melihatkan rakaman video yang tersebar baru-baru ini yang didakwa terjadi di Desa Aman Puri, Kepong. Tiga ekor kucing menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai dobi itu layan diri.

BACA: Tolak Sampai Wanita & Kanak-Kanak Jatuh, Sikap Lelaki Ini Mengundang Marah Netizen

Melalui perkongsian Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, perbuatan kejam terhadap kucing tersebut dilakukan oleh seorang lelaki. Kejadian berlaku sekitar 5.30 pagi itu disedari orang awam pada pukul 9 hari yang sama.

Sementara itu menurut laporan Astro Awani, saksi kejadian tersebut sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Desa Jaya, Kepong.

Ini merupakan kes kedua melibatkan kucing menjadi mangsa kepada kekejaman manusia di kedai dobi layan diri.
September tahun lepas (2019), kes penderaan haiwan melibatkan seekor kucing ditemukan mati dalam mesin pengering di kedai dobi Taman Gombak Ria, Selangor.

Dalam perkembangan lain berkaitan kejadian ini, ada komen yang ditinggalkan di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia menyatakan bahawa lelaki berkenaan adalah kurang siuman namun rata-rata netizen mahukan hukuman setimpal dikenakan ke atas individu berkenaan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Bagi anda yang berminat untuk menambah pendapatan hanya dengan jualan barangan yang anda boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran tapi hasilnya dalam USD, boleh klik sini.