Gara-Gara ‘Donut Gula Asing’, Runner Menggelupur Ditahan Polis

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, boleh dikatakan perkhidmatan penghantaran makanan juga merupakan ‘frontliners’ dan antara pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi ketika ini.

Sebagai penghantar makanan, mereka ini akan berusaha untuk memastikan makanan yang ditempah akan segera sampai tanpa sebarang halangan.

Bagaimanapun, perkongsian oleh seorang netizen di Twitter ini ternyata mencuit hati netizen mengenai rakannya yang merupakan seorang penghantar makanan ditahan polis kerana bungkusan makanan yang dihantarnya.

https://twitter.com/HassrayMohamad/status/1255120266998366208?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1255120266998366208&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F04%2F30%2Flelaki-kongsi-kisah-rakan-runner-ditahan-polis-gara-gara-gula-donat-disangka-dadah%2F

Menurutnya, gara-gara kuih donut, rakannya itu hampir ditahan polis kerana dunut yang telah diasingkan bersama beberapa bungkusan gula disangkakan dadah.

Katanya lagi, rakannya itu pada awalnya terkejut dan panik, namun menarik nafas lega kerana ada seorang polis berbangsa India yang turut berada di tempat kejadian membuka dan merasa bungkusan itu.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada yang terhibur dengan kisah tersebut. Malah, ada dikalangan netizen mempersoalkan peket gula yang dibungkus sedemikian rupa.

Ada yang berpendapat jarang pelanggan meminta taburan gula diasingkan daripada donut, namun ada yang mengatakan ianya perkara biasa jika donut dijual dalam bentuk sejuk beku.

SUMBER FOTO: Malay Mail

Leave a Reply