Gelagat KJ Jadi Tukang Sapu Sampah Undang Geli Hati Netizen

Sejak memegang jawatan Menteri Kesihatan, nama menteri Khairy Jamaluddin menjadi perhatian apatah lagi ramai yang berpuas hati dengan program vaksinasi yang dikenalikannya.

Baru-baru ini, kembali tular di aplikasi TikTok klip video memaparkan KJ melakonkan watak seorang ‘mat bangla’ dengan nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury yang menjadi pekerja Alam Flora.

https://www.tiktok.com/@thititeha/video/7020698309325049115?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6893700675914794497

Difahamkan filem pendek itu dibuat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan sisa pepekal kitar semula dan menjaga alam sekitar.

Video tular di TikTok yang dikongsikan itu turut dengan kapsyen mencuit hati. Perkongsian video itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan lakonan KJ itu.

Malah, ramai mengatakan mereka tidak menyangka KJ seorang yang kelakar dan hebat berlakon juga. Tidak kurang juga ada yang mengatakan sememangnya KJ seorang individu serba boleh dan semua perkara boleh dilakukannya.

Apa je yang KJ tak boleh buat? Apa yang pasti ramai yang memuji dan berpuas hati dengan kewibawaan KJ menggalas tugas sebagai Menteri Kesihatan.