Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan kabinet baharu selepas jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan. Buat pertama kali dalam sejarah, tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan ia diganti dengan empat menteri kanan.
Pembentukan kabinet baharu itu menjadi perhatian ramai apabila bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Perlantikan Dr. Zulkifli itu disambut baik oleh rakyat yang turut meluahkan rasa syukur. Malah, ramai yang mengatakan Dr. Zulkifli sememangnya individu yang layak memikul tanggungjawab tersebut.
Bagaimanapun, perlantikan itu juga menimbulakan rasa kurang senang bagi golongan yang Anti-Vaksin. Malah, ada yang mempersoalkan pelantikan beliau sebagai menteri Hal Ehwal Agama.
Ia susulan Dr. Zulkifli sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa ketika beliau menjadi Mufti Wilayah Persekutuan mengenai pentingnya memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak dan ibu bapa dianggap berdosa jika tidak melakukannya.
Perkongsian individu tersebut mendapat perhatian netizen lain yang mempertikaikan kenyataannya itu. Ada netizen memerli kenyataan individu tersebut dengan mengatakan, adakah mereka yang Anti-Vaksin sahaja layak menjadi mufti.