Hilang 500k Pengikut, Remaja Viral Video “Paksa Netizen Tidur” Sedih Akaun TikTok Kena Banned

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan seorang remaja lelaki bernama Hafiy yang mengajak pengikut media sosialnya untuk tidur dengan cara manja.

Meksipun video dikongsikan itu hanya sekadar hiburan semata-mata, namun ada yang kurang senang dan meluat dengan aksi remaja berkenaan.

Terbaru, remaja tersebut meluahkan rasa sedih apabila akaun TikTok miliknya yang mempunyai 500,000 pengikut hilang sekelip mata berikutan ramai yang membuat ‘report’ dan dikatakan melanggar garis panduan aplikasi itu.

https://www.tiktok.com/@hafiyemok_/video/6982840653629689114?ref=&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

Menerusi satu akaun baru, remaja berusia 17 tahun itu memuat naik satu video serta meminta supaya mengikuti akaun terbarunya itu serta berharap boleh mencapai 1 juta pengikut selepas ini.

Perkongsian Hafiy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut apabila akaun TikTok miliknya di banned.

Malah ada yang mempersoalkan mengapa perlu report sedangkan kandungan video remaja itu tiada perkara tidak baik. Kata netizen lagi, mereka yang berbuat demikian pasti dengki dengan jumlah pengikutnya yang ramai.

SUMBER: TikTok Hafiy