Kejam dan tidak ada sifat perikemanusiaan langsung, itulah luahan kami sebaik membaca laporan kejadian yang berlaku di Terengganu ini. Melalui laporan Astro Awani, seorang remaja perempuan 19 tahun dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun.
BACA: Lelaki Kejam Basuh 3 Ekor Kucing Di Pusat Dobi Layan Diri
Mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.
Sementara itu, abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, menjelaskan bahawa dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.
“Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri”
“Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,” katanya kepada portal berita tersebut ketika ditemui.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar mengesahkan kejadian itu dan menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.
“Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,” katanya.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.