Sejak dulu lagi ikan laga antara yang paling popular untuk dijadikan sebagai ikan peliharaan lebih-lebih lagi dengan keunikan warnanya membuatkan ramai yang obses dengan ikan laga yang juga dikenali sebagai ikan betta.
Namun, baru-baru ini tular satu posting di Indonesia menunjukkan puluhan ekor ikan peliharaan itu digoreng untuk dimakan.
Posting itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah seorang pengguna Instagram ini mengatakan pasti peminat ikan laga akan menangis melihat gambar tersebut.
View this post on Instagram
Turut dimuat naik beberapa gambar menunjukkan berpuluh ikan laga di dalam bekas berwarna merah yang sedia digoreng berserta ramuan dan adunan terpung serba guna jenama Indonesia.
Melihatkan gambar selepas ianya digoreng, ia kelihatan sama dengan kerepek rangup namun ramai netizen yang ngeri dengan posting berkenaan.
Punyalah banyak ikan lain yang boleh dimakan, kenapalah ikan laga juga yang digorengnya. Kenyang ke makan agak-agak?