IKEA Tunaikan Hasrat Pelanggan Yang Mahu Tidur Di Ruang Pameran

Sebut sahaja gedung perabot IKEA ramai yang suka ke sana bukan sahaja kerana bebola dagingnya yang popular tetapi ramai yang kalau boleh mahu tidur di ruang pameran mereka yang cantik.

Seperti kita tahu beberapa tahun lalu, IKEA pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan serius kepada pengunjung yang tidur di bilik pameran mereka susulan isu Youtuber tidur di gedung perabot tersebut.

Bagaimanapun, sempena Hari Tidur Sedunia, IKEA bakal menganjurkan pesta tidur buat pelanggan bertuah yang terpilih dimana IKEA akan menunaikan hasrat mereka untuk tidur satu malam di dua cawangan IKEA yang terpilih iaitu di Brooklyn dan California.

Acara tersebut akan diadakan pada 13 Mac depan dimana pelanggan bertuah tersebut bukan sahaja dapat bermalam di ruang pameran tetapi turut disertakan permainan unik untuk disertai.

Antara acara yang akan dijalankan adalah mereka akan merasai pengalaman berada di di Lounge Insomniac, Silent Disco dan turut diadakan bengkel tidur.

Dalam pada itu, IKEA juga turut mengadakan acara lain sempena Hari Tidur Sedunia di IKEA New York dan Los Angeles pada 1 Mac hingga 8 Mac depan.

Bagaimanapun, ia hanya akan diadakan di IKEA sekitar New York sahaja. Agak-agak kalau buat dekat Malaysia, memang ramai yang nak serbu.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply