Ini Gaji Baru Messi Untuk Seminggu Selepas Sambung Kontrak

Bersetuju untuk melanjutkan kontraknya di Barcelona, bagaimanapun gaji Lionel Messi dilaporkan kurang 50 peratus.

Ia berikutan gergasi LaLiga itu gagal mendapatkan tandatangan Messi sebelum kontrak lamanya tamat penghujung bulan lalu.

Menerusi kontrak baharu, ikon Argentina itu akan mendapat gaji kurang separuh daripada sebelumnya iaitu sekitar £1.2 juta (RM6.99 juta) seminggu berbanding gaji dalam kontrak lamanya.

Kontrak itu dikatakan lima tahun walaupun Messi berkata dia mahu menamatkan kariernya di MLS. Difahamkan, Messi sedia menerima pengurangan gaji susulan krisis kewangan dihadapi kelab Catalan itu.

Pengumuman rasmi dijangka minggu depan sebaik sahaja bintang itu pulang daripada bercuti selepas Argentina menjuarai Copa America.

SUMBER: Msn