Ini Jumlah Harta Tengku Adnan Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Bagi yang mengikuti perkembangan politik tanah air, pastinya anda mengenali bekas Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau turut dikenali dengan gelaran Ku Nan.

Baru-baru ini, beliau dibicarakan di mahkamah di atas tuduhan menerima wang daripada ahli perniagaan dan dalam masa yang sama, jumlah aset yang dimilikinya perlu diisytiharkan.

Melalui laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan beliau untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup.

Mengapa Perlu Isytihar Harta?

Beliau kini dalam proses perbicaraan di atas tuduhan menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong. Hakim perbicaraan tersebut, Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa untuk perbicaraan itu dijalankan secara adil, ia mesti dilakukan secara telus dan orang awam mempunyai hak untuk mendengar apa yang didengar di mahkamah dan melihat apa yang dilihat di mahkamah.

Apa Yang Terjadi Ketika Perbicaraan?

Tengku Adnan beremosi ketika perbicaraan selain menjelaskan punca mengapa dia tidak mahu mengisytiharkan aset yang dimilikinya.

“Apabila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan diri saya, ia kerana di khalayak ramai, anda tahu mengapa. Sekarang saya menghadapi masalah. Selepas saya mendedahkan hampir satu bilion (aset), mereka akan mensensasikannya,” jelasnya seperti yang dipetik dari BH Online.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Menteri Wilayah Persekutuan tersebut. Menurut Adnan, beliau mengisytiharkan asetnya kepada tiga perdana menteri semasa beliau berkhidmat sejak menyertai Kabinet pada 2001, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya lanjut oleh Hock Chuan mengenai jumlah asetnya yang diisytihar kepada Dr Mahathir pada 2001, Tengku Adnan berkata: “Saya rasa ia melebihi RM900 juta.”

Kepada soalan sama ada angka itu ialah RM938,643,566.16, bekas menteri itu menjawab: “Betul”.

Leave a Reply