Seperti kita tahu sudah menjadi tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan saman, mengunci tayar atau menunda kenderaan terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan larangan.
Namun begitu, masih ramai pemandu yang tetap berdegil dan tidak mengendahkan undang-undang. Lebih hairan apabila dikenakan tindakan, pandai pula mereka melenting sedangkan mereka sendiri yang melakukan kesalahan.
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai satu insiden dimana seorang wanita mengamuk apabila kereta miliknya mahu ditarik oleh petugas PBT. Menerusi video tular itu, wanita itu sambil menjerit dan seolah hilang kawalan bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Lebih mengejutkan, wanita itu juga dilihat meludah ke arah petugas dan orang awam yang mahu menenangkannya. Tidak terhenti setakat itu, wanita itu juga cuba mencabut penutup pam tayar trak tunda dan membaling kon ke arah petugas berkenaan.
Meskipun orang awam yang berada di situ cuba menenangkannya, namun wanita itu tetap bertindak agresif sehingga akhirnya petugas berkenaan menanggalkan besi cangkuk pada keretanya.
Bagaimanapun, muncul seorang pengguna Facebook mendakwa bahawa wanita tersebut merupakan seorang pensyarah di kolej matrikulasi berdekatan lokasi kejadian.
Menurutnya, wanita berkenaan sedang berdepan ujian dalam kehidupannya apabila anak keduanya meninggal dunia selepas dilahirkan. Suaminya pula kemudian berkahwin lain dan menceraikannya serta mengambil anak pertamanya.
Pengguna Facebook itu turut turut meminta orang ramai agar mengambil tindakan terhadap video tular yang dimuat naik serta meminta menghentikan penyebaran video tersebut.
Bagaimanapun, pengguna Facebook itu berkata lagi, pemintaannya untuk menghentikan penyebaran video tersebut bukanlah mahu memberi lampu hijau kepada mereka yang mengalami tekanan untuk melakukan apa sahaja sesuka hati tetapi niatnya hanya untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya cuma cerita disebalik tabir kehidupan akak ni dan seba kenapa dia mengamuk sebegitu sekali memandangkan ramai yang mentertawakannya sedangkan dia dalam keadaan begitu,” katanya.
Katanya lagi, pemintaannya untuk menghentikan penyebaran video tersebut bukanlah mahu memberi lampu hijau kepada mereka yang mengalami tekanan untuk melakukan apa sahaja sesuka hati tetapi niatnya hanya untuk menceritakan apa sebenarnya yang menimpa wanita itu sehingga bertindak sedemikian.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂