Ini Kisah Disebalik Pemandu Kancil Bawa Masuk Kereta Dalam ‘Airport’

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular gambar sebuah kereta kancil yang dipandu masuk ke ruang balai pelepasan lapangan terbang.

Difahamkan, kejadian itu dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus,Terengganu. Ramai yang menyangkakan insiden itu melucukan dan membuat spekulasi mungkin pemandu tersebut tersilap masuk.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya dimana menurut laporan Harian Metro, pemandu Kancil itu dikatakan mengalami tekanan hidup ataupun stress.

Berdasarkan laporan pihak polis, pemandu wanita berusia 55 tahun itu pernah mempunyai rekod mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu pada 2012.

Menurut pihak polis, hasil siasatan mendapat wanita itu memaklumkan dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh bertindak sedemikian. Malah, wanita itu berkata dia sendiri tidak sedar bagaimana dia boleh memasuki kawasan berkenaan.

Wanita berkenaan tidak ditahan sebaliknya diserahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, polis berkata pihak mereka akan masih akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Harian Metro

Leave a Reply