Ini Kisah Pelayar Solo Negara Satu Ketika Dahulu, Azhar Mansor Yang Dituduh Murtad

Kisah yang anda bakal baca ini merupakan salah satu pengajaran buat semua dan bagaimana bermulanya era kebangkitan fitnah yang berleluasa – bermula dari zaman SMS lagi.

BACA: Dahulu Gangster & Ahli Kongsi Gelap, Kini Lebih Tenang Bersama Islam

Azhar Mansur memulakan pelayarannya pda 2 Februari 1999. Pada ketika itu, pelayarannya turut disaksikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Untuk pengetahuan anda, pelayaran oleh Azhar Mansor ini juga sebenarnya adalah untuk mencatat rekod tempoh pelayaran kurang 100 hari di bawah seliaan World Sailing Speed Record Council (WSSRC).

Bagaimanapun ketika beada di Cape Horn, Chile, tiang layarnya patah dek kerana ribut dan perkara tersebut memaksanya berlabuh seketika untuk membaiki kerosakan tersebut.

Selepas tiangnya dibaiki, Azhar kemudiannya kembali belayar dan meneruskan perjalanannya untuk kembali ke Langkawi.

Akhirnya pada 11 Ogos, kapal yang diberi nama Jalur Gemilang itu selamat tiba di Awana Porto Malai, Langkawi dan dia menjejakkan kaki di Jeti Star Cruise pada 11.55 malam.

Untuk rekod, pelayaran Azhar Mansor adalah sejauh 21,760 batu nautika selama 190 hari, 6 jam, 57 minit dan 2 saat. Ternyata, impian untuk mencipta rekod tidak tercapai.

Namun di atas usahanya yang bukan calang-calang itu, WSSRC tetap mengiktiraf pelayaran itu secara rasmi dalam kategori ‘Keliling Dunia, Dengan Bantuan, (berhenti), Arah Timur, Seorang Diri’, – yang tidak pernah dilakukan sesiapa sebelum ini.

Bagaimanapun, status agamanya lebih menjadi tumpuan berbanding kejayaanya menamatkan pelayaran solo.

Melalui salah satu temubual bersama Berita Harian sekitar tahun 2006, Azhar menjelaskan dia sudah pun berhadpan dengan tohmahan tersebut sejak dari tahun 1999.

Malah antara yang membuatkan namanya menjadi perhatian apabila wujudnya penyebaran SMS yang mendakwa Azhar bakal mengetuai lebih 300 pelajar untuk dibaptiskan di sebuah gereja di Ipoh.

Melalui penjelasan Azhar kepada akhbar tersebut, dia turut hairan bagaimana khabar angin tersebut boleh berlaku sedangkan dia sendiri berada di Langkawi dan sedang bekerja.

Sementara itu pada 17 November 2006, Azhar telah memberikan kenyataan mendia berkaitan status agamanya. Anda boleh tonton sendiri dalam video pendek di bawah:

Begitulah sedikit sebanyak kisah perjalanan pelayar solo negara pada satu ketika dahulu. Malah sehingga kini masih ada kata-kata yang kurang enak dilemparkan kepada Azhar.

Selain itu, antara pengajaran paling berharga adalah tidak terlalu mudah untuk mempercayai khabar angin.

Cuba bayangkan, zaman dulu hanya guna SMS pun orang percaya, sekarang dengan adanya Whatsapp, lebih pantas perkara tersebar.

Semoga kita menjadi pengguna jaringan internet yang bijak dalam menilai berita yang disampaikan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Astro Awani