Ini Punca Kenapa Peminat K-Pop Mesti Akan Beli Telefon Samsung

Ingat senang ke sekarang ini kalau nak beli handphone, kadang-kadang itu penat seharian sebab nak pergi test satu-satu di kedai telefon.

BACA: Pengacara Makan-Makan Ini Dedahkan Rahsia KLCC Yang Ramai Tak Tahu

Tapi akhirnya mesti korang akan jumpa jugak satu jenama yang berkenan di hati dan kalau nak upgrade telefon, mesti pilih jenama yang sama jugak, bukan?

Itulah yang terjadi kepada kami. Pada mulanya tak fahamlah kenapa ada pengeluar smartphone keluarkan telefon sampai boleh zoom maha jauh, lepas itu buat demo zoom tengok bulan. Bukannya hari-hari nak tengok anak bulan raya, kan?

Namun menerusi satu perkongsian di Twitter, ternyata ia membuka mata kami seluas-luasnya tentang mengapa kamera smartphone Samsung dilengkapi dengan zoom yang maha hebat dan paling penting, dah zoom jauh-jauh pun gambar atau video masih lagi kemas dan tajam.

Bermula dengan satu pertanyaan dari Shabina, kemudian ramai yang hadir berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan telefon jenama Samsung.

Tidak mengejutkan, rakaman gambar di atas diambil menggunakan telefon pintar Samsung S21 Ultra yang kini rasanya dah ramai mampu milik.

Tidak cukup dengan itu, rakaman melalui peranti terbaru dari Samsung untuk mereka berpoket T20 lebih menakjubkan dan pastinya tengok harga pun takut dah (gaji sebulan pun tak sampai macam ni).

Melalui beberapa perkongsian lain, tidak dapat dinafikan rata-rata yang menggunakan smartphone Samsung ini adalah daripada kalangan peminat kumpulan pop Korea.

Tapi itulah, kami di sini hanya mampu tengok orang pergi konsert apatah lagi nak beli phone mahala-mahal. Teringin memang teringin tapi bila tengok poket sendiri terus niat tak jadi.

Kalau korang rasa nak baca lagi story ringan macam ni atau fakta-fakta menarik yang mungkin korang tak pernah tahu, follow-lah Gulapop. Selamat!