Ini Punca Stadium Mini Di Kedah Ini Dapat Perhatian Media United Kingdom

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai sebuah stadium mini di Kuala Nerang, Kedah yang didakwa menggunakan nama seorang pegawai yang merasmikannya sebagai nama stadium.

Sekali pandang cukup menampakkan nama tersebut adalah namanya yang diterbalikkan. Bagaimanapun, individu berkenaan Hakim Ariff Md Noor menafikan dakwaan nama stadium itu adalah namanya yang diterbalikkan.

Menjelaskan nama tersebut mempunyai maksud tersendiri dari perkataan Sepanyol/Greek, namun nama stadium berkenaan telah pun ditukar kembali kepada Stadium Mini Kuala Nerang.

Namun selepas beberapa hari isu itu reda, berita tersbeut tersebar ke luar negara apabila muncul di sebuah akhbar The Independent, sebuah portal di United Kingdom.

Artikel berkenaan yang bertajuk Malaysian official who renamed stadium denies title is his name backwards, insists it is ‘Spanish or Greek kembali hangat diperkatakan oleh netizen.

Namun portak berkenaan hanya melaporkan kembali penjelasan pegawai berkenaan dan maksud sebenar di sebalik nama stadium itu seperti yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.