Ini Rupanya Maksud Nama Syarikat Penerbangan Pakistan ‘AirSial’

Bakal memulakan operasi pertengahan bulan ini, syarikat penerbangan baru Pakistan yang dikenali sebagai AirSial itu sepatutnya dilancarkan pada Jun tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi AirSial, penerbangan pertama AirSial yang menggunakan pesawat Airbus A320 itu tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi Ahad lalu.

Bagaimanapun, nama syarikat penerbangan itu menjadi perhatian rakyat Malaysia kerana ia membawa maksud yang tidak baik dalam Bahasa Melayu.

Namun, difahamkan nama AirSial itu diambil dari sebuah bandar di wilayah Punjab, Pakistan iaitu bandar Sialkot, merupakan salah sebuah pusat perindustrian di negara tersebut.

Berkeluasan 102 kilometer persegi, andar Sialkot menempatkan kira-kira lebih 655,000 penduduk setakat ini.

 

Merujuk kepada Centre of Aviation, syarikat penerbangan AirSial diasaskan dan dibangunkan oleh komuniti tempatan dari bandar Sialkot, sebagai usaha menambah baik perkhidmatan laluan udara di negara itu.

Selain menjalankan perkhidmatan penerbangan penumpang, AirSial juga dilaporkan turut menyediakan khidmat kargo sebagai kemudahan logistik awam.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: Siakapkeli