Internet 1GB Percuma Untuk Semua Pengguna Sehingga 31 Disember – PM

Menerusi perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pihak kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan internet percuma untuk semua pengguna.

Internet 1GB percuma untuk semua pengguna tiu akan diberikan pada setiap hari sehingga 31 Disember 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkhidmatan tersebut diberikan kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari bagi melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.