Iqbal Rosakkan Reputasi Big Stage 2022? Siti Nurhaliza Sampai Tak Tahu Nak Bagi Markah Berapa

Rancangan realiti televisyen Big Stage tidak dinafikan mempunyai peminatnya yang tersendiri namun nampaknya netizen bagai tidak dapat menerima apa yang berlaku dalam episod pembukaannya baru-baru ini.

BACA: Duit Berterabur & Disepak-Sepak, Netizen Bimbang Rezeki Iqbal Ditarik Sekelip Mata

Perkara pertama yang mengejutkan ramai adalah kemunculan Vida. Okay itu satu – namun penonton diberikan kejutan lagi apabila peserta ke-12 adalah Iqbal.

Susunan kejutan demi kejutan ini ternyata membuatkan peminat rancangan tersebut marah dan hilang arah dengan apa yang cuba disampaikan oleh penyiar rancangan tersebut.

Sementara itu rata-rata netizen menyatakan bahawa gimik murahan sebegini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi juri yang ada adalah lagenda negara.

Malah kenyataan Iqbal sendiri yang mendakwa mahu menarik diri pada minggu hadapan sedikit sebanyak membuatkan netizen turut muak dengan ‘drama’ sebegini.

Namun tidak dapat dinafikan, perkara sebegini ternyata mampu menarik minat netizen untuk melihat episod seterusnya pada minggu hadapan.

Inilah realiti dunia hiburan tanah air, barulah cukup perisa.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.