Isteri Sibuk Berzumba Tak Hidang Makanan, Suami Mengamuk Hempas Dapur Gas

Dizaman serba mencabar ini, bukan mudah untuk melalui kehidupan rumah tangga. Perlu ada sikap tolak ansur dan juga saling memahami antara satu sama lain jika mahu melayari bahtera rumah tangga bahagia.

Malah, komunikasi juga sangat penting dan jangan dipendam jika ada perkara yang tidak puas hati kerana bimbang jika semakin lama disimpan akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Seperti yang terjadi di negara jiran ini apabila tular video memaparkan seorang lelaki yang berang sehingga bertindak menghempas dan merosakkan dapur gas rumahnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku kerana naik angin dengan isterinya yang tidak menyediakan makanan untuknya yang baru pulang dari kerja.

Difahamkan, isterinya sedang berseronok menghabiskan masa bersenam zumba di halaman rumah bersama rakan-rakan. Menerusi video tular itu, si isteri masih berpakaian sukan cuba untuk menenangkan suaminya namun gagal.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong perbuatan suami berkenaan. Malah, ramai yang mengkritik sikap wanita tersebut yang tidak menjalankan tanggungjawab sedangkan suaminya sudah berpenat lelah mencari rezeki.

Dalam pada itu, ada yang terhibur dengan gelagat suami tersebut yang bertindak menghancurkan dapur gas kerana selepas ini dia juga yang perlu menggantikannya semula dengan yang baru.

SUMBER: Facebook Eris Riswandi & Kisah Dunia