Isu K-Pop, Lelaki Peminat Blackpink Ini Mohon Maaf Sebab Hina Shuib

Baru-baru ini memang ada Shuib Sepahtu buat live dan dalam siaran langsungnya itu, adalah juga dia kongsikan tentang betapa pentingnya kita mengidolakan Nabi Muhammad dan bukannya ahli kumpulan K-Pop BTS mahu pun Blackpink.

BACA: Peminat Kumpulan K-Pop BTS Hina Pemergian Siti Sarah, Shuib Dipersalah Tak Buat Family Planning

Bagaimanapun, tindakan Shuib itu disalah erti buat segelintir peminat tegar malah ada yang lantang menyuarakan pendapat mereka di laman sosial.

Jika diikutkan, teguran Shuib adalah bersifat matang, tidak beremosi selain mengajak anak muda kini mengidolakan sesuatu yang pastinya akan beroleh pahala.

Melalui satu akaun di Instagram dengan nama Raptorpool, beberapa post dengan kata-kata kesat telah dilemparkan.

Perkara ini sekaligus menimbulkan rasa marah di kalangan netizen lebih-lebih lagi ia tidak mengambil kira keadaan Shuib yang baru kehilangan isteri tercinta.

Mungkin timbul rasa sesal, satu video permohonan maaf telah dimuatnaik melalui akaun yang sama.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dengan pakaian lengkap bertemakan kumpulan Blackpink telah memohon maaf dengan sepenuh hatinya.

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata kesat beberapa hari lepas kepada abang Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin ekoran sikap saya yang tidak bertanggungjawab”

“Saya juga menerima kecaman daripada netizen yang mengaibkan keluarga dan kawan saya, mereka tidak bersalah. Dengan video ini, saya membuat permohonan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki”

“Saya akan perbaiki dan berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata selepas ini. Harap abang Shuib dapat menonton video ini sekali gus memaafkan perbuatan saya. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya,” jelasnya.

Itulah dia, terlajak perahu boleh tarik lagi, kalau dah terlajak kata, buruk padahnya. Cukuplah perkara sebegini menjadi contoh agar tidak berulang.

Minat sangat pun, tak bawa ke mana. Tak salah nak minat tapi biar berpada dan jangan terlalu terbawa dengan emosi.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.