Memasuki hari ke tujuh Perintah Perintah Kawalan Pergerakan namun masih ramai yang gagal mematuhi perlaksanaan tersebut apabila Jambatan Pulau Pinang sesak dengan kenderaan yang dipercayai mahu keluar daripada negeri berkenaan.
Tindakan itu sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila kebanyakkan daripada mereka telah ditahan oleh pihak polis yang melakukan sekatan jalan raya.
Sedangkan seperti diketahui rakyat perlu mematuhi perintah kerajaan dan tidak dibenarkan untuk menyeberang jambatan tanpa sebab munasabah.
Susulan kesesakan lalu lintas itu, mereka yang terpaksa bekerja turut sama tersangkut di dalam kesesakan itu. Seorang staf sebuah organisasi penyelidikan di Batu Maung berkata dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama hampir dua jam.
“Biasanya, saya hanya mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kerja. Sekatan jalan dari Tesco Egate ke persimpangan menuju ke tanah besar atau Bayan Lepas,” katanya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan orang ramai tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing melainkan atas tujuan kecemasan. Malah, hanya seorang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂
SUMBER: The Star