Jawab Dakwaan Naik Kereta Lebih 3 Orang, Peminat Simpati Neelofa Asyik Dikritik

Satu demi satu kontroversi terpalit selebriti popular Neelofa. Belum reda isu Nilai 3, Neelofa didakwa menaiki satu kenderaan melebihi 3 orang sekaligus melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Neelofa berkata dia hanya menumpangkan peguamnya, Datuk Ahmad Zahiril Muhaiyar ke bagunan mahkamah yang terletak bersebelahan dengan balai polis.

Dalam pada itu, Neelofa berkata dia sudah menghubungi pihak polis untuk menyemak semula rakaman litar tertutup (CCTV) sebagai bukti dimana dia menurunkan peguamnya di perkarangan mahkamah.

Memuat naik kenyataan di laman Twitter, perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk peminatnya yang simpati dengan bekas pengacara MeleTOP itu yang sekali lagi menjadi kritikan netizen.

Tidak kurang juga, peminat meminta netizen supaya menjaga percakapan kerana Islam tidak mengajar untuk memaki hamun orang lain meskipun seseorang itu melakukan kesilapan.