Sekali imbas, tengok macam bukan di Malaysia pun ada tapi rupa-rupanya pemandangan yang sangat menyakitkan mata ini sebenarnya berlaku di Pulau Pinang.
BACA: Penggemar Nasi Kandar Ini Dedah Maksud Sebenar ‘Surr’, Ramai Rakyat Pulau Pinang Tak Tahu?
Melalui perkongsian daripada seorang pengguna TikTok yang juga merupakan rider servis penghantaran makanan, ramai yang seakan tidak percaya dengan keadaan bangunan tersebut.
Melalu video yang didakwa di ambil di Perai, Pulau Pinang itu, keadaan rumah flat tersebut sangat menjijikkan.
Tingkat paling bawah kelihatan dipenuhi dengan sampah sarap, dipercaya dicampai daripada penghuni-penghuni di tingkat atas.
@apitt1747
Kemudian antara beberapa perkara yang merisaukan adalah tiada pemegang ketika menaiki tangga.
Lebih teruk lagi, tangga pula kelihatan dipenuhi lumut yang boleh menjadi punca sebarang kecelakaan akibat tergelincir.
Malah air juga kelihatan menitis dari bahagian atas terus mengenai sesiapa saja yang mungkin berada di bawah.
Jika dilihatkan dari luar, ia kelihatan agak rapi namun sangat berbeza sebaik memasuki hanya tingkat bawah flat.
Melalui beberapa komen yang ditinggalkan juga menyatakan bahawa kebanyakan punghuni di flat berkenaan adalah warga asing.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.