Jual Jazz & Alphard, Syahmi Sazli Angkat Mercedes Benz G-Class

Sebut saja nama Syahmi Sazli, pasti ramai mengenai YouTuber muda berasal dari Kelantan itu. Bukan saja seorang YouTuber, Syahmi juga bergelar pengarah.

Baru-baru ini, perkongsian Syahmi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada dua buah kereta kesayangannya, Toyota Alphard dan Honda Jazz.

Namun lebih menjadi perhatian apabila kelihatan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz G Class sudah berada di hadapan rumahnya.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Syahmi memuat naik video sedang giat menambah aksesori kereta berkenaan agar lebih menarik.

Sebelum ini Syahmi ada memuat naik gambar bersama kereta berkenaan serta berseloroh mengatakan mahu membuat cabutan bertuah untuk kereta berkenaan.

Difahamkan harga Mercedes-Benz G Class baharu berharga hampir RM1 juta, manakala untuk AMG G63 pula kira-kira RM1.4 juta.

SUMBER: Ohmymedia