Jualan Sambal Cecah RM1 Juta, Khairulaming Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

Kalau tengok jumlah jualan mesti rasa macam senang je kan Khairulaming buat duit? Ramai yang anggap benda ini macam kejayaan satu malam, tapi yang sebenarnya hanya pemilik badan yang tahu.

BACA: Tak Sampai Sejam, 10,000 Sambal Khairulaming Habis Licin Kena Sapu

Baru-baru ini, Khairulaming telah berkongsikan perjalanan sambalnya yang kini sudah 3 bulan berada di pasaran. Guess what?

Baru saja 3 bulan tapi jumlah jualan yang terjual di platform Shopee sudah pun mencapai RM1 juta. Jumlah yang cukup besar namun pasti ada cerita di sebaliknya.

Berkongsikan kisah perjalanan perniagaannya di Twitter, ternyata pelbagai lagi perkara sebenarnya masih boleh ditambahbaik dan ia diakui sendiri oleh social media influencer ini.

Malah apa yang dikongsikan oleh Khairulaming ini sebenarnya dalam masa yang sama mampu menjadi contoh atau pun guideline buat mereka di luar sana yang mungkin merancang untuk memulakan perniagaan.

Sementara itu di akhir perkongsiannya itu, dia turut berterima kasih kepada peminat dan kedua ibu bapaya.

Semoga perjalanan Khairulaming dalam membuktikan hasil kerja keras dan perancangan jangka masa panjang memang berbaloi, sekaligus dapat memberika inspirasi kepada anak muda masa kini yang kebanyakkannya mahukan semua perkara dengan pantas.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.