Tak Sampai Sejam, 10,000 Sambal Khairulaming Habis Licin Kena Sapu

Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan.

Selepas beberapa tahun tampil dengan pelbagai video masakan, Khairulaming akhirnya memperkenalkan produk keluarannya iaitu Sambal Nyet.

Baru hari pertama dilancarkan hari ini, apa yang mengejut sebanyak 10,000 botol sambal telah habis dijual dalam masa 54 minit.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Khairulaming memaklumkan tentang perkara itu serta meluahkan rasa syukur di atas sokongan luar biasa yang diberikan.

Rata-rata netizen mengagumi kejayaan itu yang berjaya menjual sambal dalam masa sejam sahaja. Namun, netizen berkata kejayaan dikecapi itu adalah hasil usaha dan kesungguhan Khairulaming yang bertahun berkongsikan resepi kepada umum.

Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Khairulaming kerana atas perkongsian videonya mereka kini sudah pandai memasak.

Difahamkan, Sambal Nyet itu mula di Shopee bermula jam 12.30 tengahari tadi. Harga ditawarkan untuk sebotol hanya RM13.90 sahaja.