Kak Long Rayu Pada Netizen Beri Peluang Kedua Demi Cari Rezeki

Meskipun sudah seminggu berlalu, namun kisah wanita mengamuk di kedai serbaneka 7-Eleven dan restoran makanan segera KFC terus menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video wanita tersebut bersama anaknya membuat ‘review’ makanan di sebuah kafe di Terengganu.

BACA: Netizen Berang Ada Pihak Ambil Kak Long Untuk Promosi Produk

Bagaimanapun, ramai mengecam wanita itu serta mempersoalkan mengapa kafe berkenaan memanggil wanita tersebut untuk membuat review sedangkan baru sahaja tular video memaparkan sikap biadabnya.

Dalam pada itu, ada yang tidak faham mengapa ada pihak menormalisasikan orang biadab untuk menjadi influencer.

Sedar dirinya masih dikecam teruk, Kak Long yang juga peniaga kosmetik dan keropok berkata dia perlu mencari rezeki termasuk melakukan review demi menyara kehidupan keluarga. Katanya lagi, hasil daripada berniaga kosmestik di pasar malam adakala sikit dan adakalanya banyak.

Malah, Kak Long turut memohon kepada netizen supaya memaafkannya serta memberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.

Dalam pada itu, Kak Long mengatakan dia tidak boleh lemah kerana bimbang akan jatuh sakit ditambah pula anak-anaknya memerlukan dirinya.

Terdahulu, Kak Long berkata anaknya Adam terkesan dengan isu tular itu sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

SUMBER: mStar Online