Kecoh Di Media Sosial Ada Yang Dakwa Sotong Frozen Sebenarnya Dubur Babi?

Tidak dinafikan kemajuan teknologi dalam komunikasi hari ini memudahkan kita untuk berhubung dengan mereka yang jauh. Namun apa yang membimbangkan jika ada yang menggunakannya untuk menyebarkan berita palsu.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitter yang berkongsi cerita mengenai ibunya yang menerima kiriman WhatsApp berkaitan status halal produk makanan sejuk beku.

Menerusi entri berkenaan, individu yang menghantar mesej WhatsApp itu berkongsi foto calamari ring atau sotong dipotong bulat.

https://twitter.com/qeels88/status/1499256676943536132

Dakwa individu tersebut, produk berkenaan tidak dihasilkan daripada sotong sebenarnya, sebaliknya diperbuat daripada bahagiaan dubur khinzir.

Individu itu mendakwa lagi, pandai pihak yang menjual sotong tersebut meletakkan tanda halal.

Perkongsian gadis menggunakan nama @qeels88 mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengatakan ahli keluarga mereka turut menerima kiriman mesej yang sama.

Rata-rata netizen turut berang dengan penyebaran berita palsu itu yang yang bimbang ibu bapa mereka boleh terpedaya.

Tidak kurang juga ramai netizen turut berjenaka dengan penyebaran berita palsu itu mempersoalkan apabila semuanya nak kaitkan dengan binatang tersebut.

SUMBER: mStar Online