Kedah Dilanda Sakura Lagi, Cantik Sama Macam Di Jepun?

0
4319

Boleh dikatakan hampir setiap tahun, bahagian utara negara terutamanya Kedah pasti akan dilanda bunga ‘sakura’. Tambah pulak dengan adanya sosial media sekarang, memang lagi senang nak berkongsi gambar dan suasana menarik di sana.

Melalui tinjauan kami di Instagram, hashtag #sakurakedah menjadi pilihan warga di sana untuk berkongsikan perkembangan berkaitan ‘sakura’ di sana.

Betul Ke Bunga Sakura?

Untuk pengetahuan semua, bunga yang muncul di negara kita ni sebenarnya terkenal dengan nama Tecoma. Jadinya bunga ini ada warna putih dan juga warna pink seperti yang kelihatan di Kedah ketika ini. Kalau nak diikutkan, bunga Tecoma ni pun ada juga di negeri-negeri lain tapi sering membuat kemunculan di Kedah.

Mari kami kongsi sedikit beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh pengguna laman sosial di sana. Cantik-cantik belaka (pemandangan di sana, maksud kami), dan kalau kena gaya editing-nya, memang tak nampak macam di Malaysia.

https://www.instagram.com/p/B9Mq6TBhl-X/?utm_source=ig_web_copy_link

Lagi best, kalau korang nak acah-acah luar negara lagi, pakailah sikit glove dan jugak jaket ke, memang boleh buat orang percaya. Nak tengok lagi gambar sakura di Kedah, klik je hashtag ni #sakurakedah.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Gambar Ihsan: _intanfauzi_ (instagram)