Ketika artikel ini ditulis, melalui sumber yang masih lagi terperangkap di dalam mall, kejadian didakwa berlaku sekitar jam 9.30 malam ke 10 malam.
BACA: Maria Tunku Sabri Dikecam Guna Kes Suami Tembak Isteri Sebagai Tajuk Video Masakan
Dalam kejadian tembak menembak itu, dikhabarkan 3 das tembakan dilepaskan sementara terdapat satu kecederaan. Namun sehingga kini masih belum ada maklumat rasmi.
Okay, they say there’s a robbery at Setia City Mall. I was at Sushi Zanmai when a swarm of people suddenly ran in our direction. A man holding his child shouted, “Gunshot! Gunshot!”
— Mordecai (@Dan99Dust) February 8, 2025
Sehingga jam 10.48 malam tadi, kebanyakan pekerja masih berada di dalam kompleks membeli belah sementara menunggu pihak polis meneruskan operasi.
— ika (@shisuika_) February 8, 2025
Sementara itu menurut akaun X Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan.
TERKINI❗️ : #ShahAlam Polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.
Berita lanjut menyusul.#BernamaNews pic.twitter.com/dkqMQYzQpN
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 8, 2025
Sedang dikemaskini…