“Keluarga Kami Masih Berbincang Cari Jalan Penyelesaian”

Gempar seketika warga internet baru-baru ini apabila adik-beradik Neelofa memuatnaik perkongsian di laman sosial bagai memberi gambaran tentang status hubungan selebriti tersebut dengan PU Rizz.

BACA: Gambar Merisik Sudah Dipadam, PU Rizz Dan Neelofa Putus Tunang?

Lebih hangat lagi, apabila wujud perbualan di laman sosial yang mendakwa bahawa Neelofa sudah pun bernikah di Kelantan. Malah lebih teruk lagi, PU Rizz turut didakwa menggunakan minyak pengasih terhadap Neelofa.

Tidak mahu perkara yang tersebar berlanjutan dan semakin merebak, Neelofa tampil di Instagram dengan menyatakan situasi sebenar yang dilalui dirinya.

Menjelaskan bahawa apa yang tersebar di laman sosial berkaitan hubungannya dengan PU Rizz tersebut adalah karut dan tidak berasas, penjelasan Neelofa ini juga dilihat mampu untuk meredakan sedikit situasi yang menjadi persoalan netizen yang ingin ambil tahu.

Selain itu, Neelofa turut memohon maaf kepada keluarganya dan juga keluarga PU Rizz di atas kejadian yang terjadi lebih lebih lagi apabila ia melibatkan soal nama dan maruah.

Menjelaskan bahawa mereka kini masih dalam perbincangan untuk mencari kata putus, Neelofa dalam masa yang sama memohon peminatnya agar sama-sama berdoa semuanya baik-baik belaka.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.