Tular ketika ini rakaman pendek sebuah Myvi berwarna putih melanggar sebuah kereta Honda Accord. Jelas ketara impak pelanggaran tersebut menyebabkan Myvi itu sendiri ‘terbang’ selain turut mengenai sebuah kereta Proton Iswara.
BACA: Orang Ramai Bersorak, Kagum Dengan Kehebatan Perodua Kelisa Redah Banjir
Melalui rakaman yang sempat terakam, kelihatan sebuah Myvi meluncur laju sebelum menghentam kereta Honda berkenaan. Situasi dilihat cukup tenang sebelum itu namun segalanya berubah sekelip mata.
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) October 10, 2020
Lebih menyedihkan, menurut laporan Sinar Harian, seorang warga emas yang juga merupakan pemandu Honda Accord berkenaan telah meninggal dunia.
Menerusi kenyataan Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman, semasa tiba di lokasi kejadian, warga emas tersebut didapati tersepit di tempat duduknya dalam keadaan kereta tersebut terbalik.
“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat Road Traffic Accident (RTA). Mangsa disahkan meninggal oleh Pegawai Perubatan yang hadir di tempat kejadian”
“Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam laporan portal berita tersebut.
UPDATE-1: Menurut laporan Harian Metro, pemandu Myvi berkenaan positif dadah manakala mangsa yang meninggal dunia sebenarnya berusia 31 tahun.
Gambar & Video: Twitter anthraxxxx