Kemarahan Netizen Tak Tertahan, Kereta Salah Masuk Laluan Buat Penunggang Motor Maut

Tergamam dan terkejut kami tengok video pendek yang tersebar di laman sosial baru-baru ini. Menurut perkongsian netizen, kejadian didakwa berlaku di Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA) melibatkan sebuah kereta Axia dan juga seorang penunggang motosikal.

BACA: Tindakan Akak Basikal Tukar Lane Ini Buat Netizen Marah Sungguh

Dalam rakaman pendek video tersebut, dengan jelas boleh dilihat Axia berkenaan teragak-agak dalam membuat keputusan untuk memilih laluan – sebelum akhirnya membuat keputusan yang mengakibatkan kereta bergesel dengan pembahagi jalan.

Bagaimanapun, entah di mana silapnya, kereta berkenaan dilihat seakan tergesa-gesa untuk ke laluan paling kanan dan tanpa disedari melanggar penunggang motorsikal.

Lebih menyedihkan, beberapa saat sebelum dilanggar, penunggang motosikal dilihat berusaha sedaya upaya untuk mengawal keadaan.

Melihatkan reaksi netizen di laman sosial, ternyata ramai yang sependapat adalah lebih baik jika kereta berkenaan masuk sahaja jalan yang salah asalkan tidak memudaratkan pengguna jalan raya yang lain.

Ini kerana, setiap jalan pasti berhubung, paling tidak pun jika salah jalan pasti akan sampai juga ke destinasi – cuma lambat atau cepat sahaja.

Berdasarkan beberapa komen yang ditinggalkan juga turut menyatakan bahawa penunggang motosikal berkenaan maut. Jika dilihat daripada video, penunggang motosikal berkenaan terperosok di bawah kereta.

Apa pun, semoga perkara sebegini dapat dielakkan di masa hadapan. Jadikan kejadian sebegini sebagai peringatan buat kita.

Jika kali pertama lalui jalan baru, lebih baik bergerak awal untuk sampai ke destinasi. Sekurangnya jika tersalah jalan, kita tidak akan terfikir untuk buat keputusan di saat akhir yang kemudiannya menyebabkan kesukaran buat pengguna jalan raya yang lain.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.