Kenal 2 Minggu Di FB Terus Nikah Di Siam, Ini Kisah Bahagia Wanita Hidup Bermadu

Sebut sahaja poligami, pasti ramai wanita pantang dan tidak keruan setiap kali mendengarnya. Malah, ada yang melihat madu dianggap perampas dan menggangu kebahagiaan orang lain.

Tidak dinafikan tidak semua wanita sanggup hidup bermadu, namun berbeza dengan wanita ini yang bahagia bergelar isteri kedua.

Berkongsikan kisah di aplikasi TikTok, wanita dikenali sebagai Natasya ini berkata dia hanya berkenalan dengan suaminya melalui Facebook selama dua minggu sebelum lelaki itu melamarnya pada 2016.

Dedahnya lagi, dia dan suami bernikah di sempadan Siam meskipun mendapat restu daripada isteri pertama serta ahli keluarga.

Menurut Natasya, dia berasal dari Indonesia dan proses bernikah dengan suaminya yang merupakan warganegara Malaysia lebih mudah di sana kerana hanya perlu menunjuk pasport sahaja.

Selepas bernikah di Siam, perkahwinan mereka boleh disahkan di Malaysia dan akan mendapa sijil nikah.

Menerusi entri itu, Natasya turut berkongsikan gambar mereka sekeluarga bersama isteri pertama yang sudah 6 tahun menjalani hidup bermadu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat hidup bermadu akan bahagia jika suami mampu dan adil.

Malah, lebih indah jika dikurniakan madu yang memahami. Dalam pada itu, ramai mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

SUMBER: TikTok & Kisah Dunia