Kenyataan ‘Bodoh-Bodoh Sikit’ Teruk Dikecam, Ramai Pertahankan Prof Muhaya

Sejak semalam, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad menjadi perhatian ramai apabila satu perkongsiannya berkaitan isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh’ mengundang kecaman netizen.

Kenyataan Profesor Dr Muhaya berkaitan sifat wanita yang perlu kelihatan lemah-lembut dan ‘kurang bijak’ dihadapan lelaki menimbulkan kecaman netizen.

Bagaaimanapun, ramai yang mempertahankan Prof Muhaya dengan mengatakan beliau menggunakan bahasa kiasan bahawa wanita perlu mengalah sedikit dengan lelaki apatah lagi kedudukan lelaki itu diletak lebih tinggi berbanding wanita disisi agama.

Kata seorang netizen, itu bukan bermakna untuk merendahkan martabat wanita tetapi mencari keharmonian dalam rumah tangga.

Seorang netizen lagi mengatakan, ayat bodoh-bodoh sikit yang digunakan oleh Prof Muhaya sememangnya tidak sesuai sebaliknya menggunakan ayat tidak perlu terlalu ego dengan lelaki.

SUMBER: Facebook Rotikaya