Gara-gara sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagram, Alif Satar dikecam hebat di Instagram. Gambarnya simple saja, bersahaja di dalam masjid atau lebih tepat – bersandar.
BACA: Doktor Ini Dedah Perangai Sebenar Lelaki Yang Jenis Suka ‘Simpan’ Wanita
Namun perkara tersebut tidak disenangi oleh ramai kaum lelaki yang merasakan perbuatan bersandar di dalam masjid dan menghadap ke kiblat adalah seperti tidak menghormati agama.
Bagaimanapun, Alif Satar ini memang cool orangnya dan tidak mudah melatah dengan perkara tersebut.
Tidak lama kemudian, dia berkongsikan pula mengenai bahan bacaannya mengenai perkara yang mendapat perhatian itu. Tapi macam biasalah, dah tak ramai yang nak ambil pusing.
Beginilah reaksi yang seringkali kita jumpa di laman sosial. Apabila ada perkara yang tak senang di mata, terus sembur sedangkan boleh saja nasihatkan elok-elok atau paling bijak sekali, buat tak endah saja.
Kita mungkin rasa diri kita sudah cukup bijak dan baik namun kadangkala kita lupa bisikan halus yang menyebabkan kita rasa bagus itu datang dari siapa.