Kes Semakin Rumit, Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Dicekik Jatuh Bot?

0
35093

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida di media sosial.

Kes pelakon itu dikatakan semakin rumit apabila muncul pelbagai spekulasi dimana kematiannya itu merupakan satu pembunuhan terancang.

Antara individu yang menjadi suspek utama adalah rakan baik yang juga pengurusnya iaitu Kratik serta dua lagi individu iaitu pemilik bot laji, Tanupat “Por” Lerttaweewit dan Phaiboon “Robert”.

Terbaru, timbul spekulasi baru dimana Tangmo meninggal dunia akibat dicekik oleh salah seorang lelaki yang berada di atas bot kerana aktres berusia 38 tahun itu menolak untuk melakukan hubungan seks.

Ketika pergelutan itu, Tangmo dikatakan melawan dan terjatuh daripada bot. Malah, lelaki tersebut juga dikatakan telah membayar sejumlah wang kepada Kratik.

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila ibunya, Panida didakwa menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta supaya menutup mulut mengenai insiden itu.

Terdahulu, mayat Tangmo dijumpai pasukan penyelamat selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Hasil siasatan mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

SUMBER: mStar