Kisah Bapa Ambil Teddy Bear Di Tempat Buang Sampah Ini Sentuh Hati Netizen

0
6826

Pernah tak anda terfikir hari ini nak makan apa, lepas itu tanya kawan pulak. Tapi kawan jawab tak tahu nak makan mana? Percaya atau tidak, ada insan di luar yang sana, persoalan mereka bukan tentang nak makan mana hari ini, tetapi – hari ini boleh makan ke tidak?

BACA: Dakwa Ayam McD Berulat, Gadis Mohon Maaf Mengaku Sengaja Sebar Fitnah

Sesuatu yang biasa-biasa buat kita namun bagi insan lain, mungkin ia adalah sesuatu yang bermakna bukan saja untuk dirinya namun untuk keluarga.

Begitulah kisah yang dikongsikan Azri Walter di Facebook. Cerita ringkasnya, Azri terserempak dengan seorang lelaki yang membawa teddy bear besar di atas motosikal.

Didorong rasa ingin tahu, pertanyaan Azri kemudiannya mengupas sedikit sebanyak kehidupan seorang lelaki bergelar bapa. Bagi yang pernah melalui perkara yang sama, pasti bergenang air mata tatkala membaca perkongsian ini.

Semoga perkongsian ini sama-sama memberi kita peringatan agar sentiasa menghargai ibu bapa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.