KKM Akan Jalankan Ujian Pengambilan Sampel COVID-19 Di Rumah

Wabak coronavirus menyerang negara kita kini berada di tahap membimbangkan apabila sebanyak 18 kes terbaru dicatatkan semalam menjadikan jumlah sebanyak 117 kes.

Bagi membendung gelombang kedua COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel Covid-19 di rumah.

Dengan kemudahan tersebut, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian Covid-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan KKM, orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan memuat naik aplikasi perkhidmatan berkenaan untuk menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel.

Bagaimanapun, perlu diingatkan perkhidmatan pengambilan sampel Covid-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan. Setakat ini, perkhidmatan tersebut disediakan oleh pihak swasta seperti disenaraikan di dalam kenyataan di atas.

Untuk maklumat lanjut layari laman web syarikat-syarikat tersebut dan senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply