Lebih 4,000 Cedera & 78 Terbunuh, 2750 Tan Ammonia Didakwa Punca Letupan Beirut

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila dunia dikejutkan dengan letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan pada pukul 6.07 petang waktu tempatan semalam.

Difahamkan, setakat ini lebih 4,000 orang dilaporkan cedera dan 78 maut akibat daripada letupan dasyat itu.

Terbaru, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berkata letupan berkenaan didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat (NH4NO3) disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan

Katanya, bahan yang digunakan untuk pertanian yang sudah tersimpan di kawasan gudang pelabuhan itu bertahun lamanya, dipercayai sejak tahun 2013.

“Adalah tidak masuk akal bahawa ammonium nitrat yang berada selama enam tahun di sebuah gudang tanpa melakukan sebarang langkah pencegahan sehingga membahayakan keselamatan penduduk,” kata

Bagaimanapun katanya, punca bahan itu meletup masih disiasat. Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab.

“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.

SUMBER: CNN