Lelaki Ini Bongkar Cara Lebih Jimat Langsaikan Hutang PTPTN

Tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia mendedahkan seramai 375,925 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membayar balik pinjaman berkenaan.

Meskipun ramai yang ambil mudah, tetapi tindakan peminjam yang tidak pernah membayar balik pinjaman akan memberi kesan kepada pelajar lain yang mahu membuat pinjaman kelak.

Tetapi apa pun syabas diucapkan kepada peminjan yang menjelaskan hutang mereka seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.

Namun apa yang menariknya, lelaki ini yang dikenali sebagai Azmy Mokhtar berkongsikan cara untuk membayar balik pinjaman dengan cara lebih jimat dan berbaloi iaitu membuat pembayaran melalui aplikasi Boost.

1. Muat turun Aaplikasi Boost

Muat turun aplikasi Boost di telefon bimbit anda. Jangan lupa masukkan invitation code moh46zh

2. Ini cara untuk buat pembayaran

Login aplikasi dan terus ke bahagian Profile > Missions > Take A New Mission > Pay PTPTN Bill RM200. Pastikan anda mempunyai 100 Boost Coins untuk mengaktifkannya. Untuk dapat 100 Boost Coins ni senang sahaja, anda boleh bayar apa-apa bil atau tambah nilai di aplikasi Boost.

3. Tebus reward

Selepas pembayaran selesai dibuat, anda bole claim Reward RM3.50. Maksudnya, dari RM200 yang saya bayar, sebenarnya saya hanya keluarkan duit RM196.50 jer. Cara ni kira lebih jimat laa berbanding bayar guna kaedah online perbankan yang mana harganya tetap dan tiada diskaun.

Nampak seperti sedikit, tetapi sekurang-kurangnya anda dapat berjimat daripada membayar jumlah penuh yang anda selalu bayar.  Seperti Azmy, dia perlu membayar RM200 tetapi dengan Boost dia hanya membayar RM196.50 sahaja.

Dalam pada itu, Azmy berkata dia berharap perkongsiannya itu dapat membantu peminjam lain untuk meringankan komitmen bulanan hutang mereka.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply