Lelaki Ini Nak Bogel Kalau JDT Kalah, Namun Hingga Kini Dia Masih Tidak Muncul

Perlawanan final di antara pasukan JDT dan juga KL City baru-baru ini ternyata menimbulkan suasana berbeza apabila penantian selama 32 tahun pasukan KL menjadi juara Piala Malaysia akhirnya berbaloi dengan kemenangan 2-0.

BACA: Iklan Jersi JDT Dikecam Kerana Pergunakan Wanita?

Bagaimanapun berbeza pula dengan reaksi penyokong JDT. Baru-baru ini wujud sebuah video yang kini hangat berlegar di sosial media.

Kami tahu ia adalah satu gurauan dan tidak mungkin akan dilakukan namun sikap berani lelaki tersebut ternyata makan diri apabila pertaruhan yang dilakukannya salah.

Mendakwa mahu bogel dari Kuala Lumpur sampai ke Johor jika JDT kalah, ternyata perkara tersebut bagaikan bola tanggung bila pasukannya pilihannya itu tewas.

Video berkenaan kemudiannya memang menjadi bahan buat peminat pasukan lain dalam memastikan lelaki berkenaan menunaikan apa yang telah dikatakannya sebelum ini namun sehingga kini, kelibat pun tiada.

@jang6161_ Riak betoi nohh.. Jgan lupa kasi video bogel dari kl ke jb woii @tintedoffer2 ♬ bunyi asal – JANG6161_

Jangan risau, ramai tahu anda tidak akan berbuat demikian, lebih-lebih lagi dengan senyuman gurauan di hujung-hujung video. Malah melalui video lain yang sering dikongsikan lelaki ini di laman sosial, kelihatan dia jenis orang yang jenis suka bergurau mungkin. Nak buat macam mana, JDT tak boleh nak telan KL City, kan?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.