Iklan Jersi JDT Dikecam Kerana Pergunakan Wanita?

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kelab bola sepak Johor Darul Takzim FC (JDT) apabila video klip memperkenalkan jersi terbaharu pasukan tersebut didakwa mempergunakan serta tidak menghormati wanita.

Video tersebut memaparkan suasana di dalam sebuah bar dan dapat dilihat beberapa pemain JDT sedang duduk sambil menghisap tembakau.

Kemudian seorang wanita masuk ke dalam bar tersebut dan menari sambil diperhatian semua pemain tersebut. Selepas menari dan minum, wanita itu kemudian mahu keluar dari bar berkenaan namun para pemain JDT merayu supaya tidak beredar dari situ.

Rayuan pemain JDT itu ditolak oleh wanita tersebut, bagaimanapun wanita itu berubah fikiran setelah terlihat logo JDT pada jersi yang dipakai oleh salah seorang pemain dan terus pergi ke pemain tersebut untuk sambung menari.

Video tersebut bagaimanapun mendapat kecaman hebat daripada netizen yang mendakwa video itu seolah tidak menghormati wanita serta meletakkan wanita sebagai objek seksual.

https://twitter.com/KheirulMMu_8/status/1223601196662841344?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1223601196662841344&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fvideo-promo-jersi-baru-jdt-dikecam-netizen

Malah, ada yang meluahkan rasa kecewa sebagai rakyat Johor apabila melihat video tersebut. Kata netizen lagi, video pelancaran jersi terbaharu JDT itu tidak kena dengan identiti Johor.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan sekarang sudah tahun 2020 dan perlu berhenti jadikan wanita sebagai objek atau mempergunakan wanita.

Apa pendapat anda, bukankah lebih baik jika video tersebut memaparkan identiti atau budaya negeri Johor memandangkan pasukan bola sepak itu sudah mula mendapat nama di peringkat antarabangsa.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply