Lokasi Di UIA Kini Jadi Buruan Sebab Makan Murah & Sedap

Jika zaman dahulu kita perlu mencari tempat makan sedap, namun seiring dengan zaman teknologi, ada sahaja tempat makan sedap dipromosikan oleh netizen kepada orang ramai di media sosial.

Baru-baru ini tular satu perkongsian video dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok tempat makan sedap dan murah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menerusi video tersebut, pengguna itu berkongsikan menu dibeli oleh mereka iaitu roti naan bersama ayam tandori, nasi ayam gepuk, chicken mix, air sirap dan pudina.

Lebih mengejutkan, harga untuk semua hidangan tersebut hanya RM17 sahaja. Apa yang pasti, hidangan makanan juga banyak dan tidak kedekut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut mahu terjah ke UIA untuk menikmati hidangan berkenaan meskipun bukan pelajar pusat pengajian itu.

Kata pengguna itu lagi, dia merupakan pelajar UIA dan tinggal berdekatan dengan pusat pengajian berkenaan.

Katanya lagi, ada perkhidmatan penghantaran makanan daripada UIA tetapi hanya sesetengah kedai makan sahaja dan harga makanan tidak sama berbanding makan di situ.

Dalam pada itu, ada yang berseloroh mengatakan mahu melanjutkan pengajian di UIA namun bukan untuk belajar tetapi untuk makan sahaja.

SUMBER: TikTok dearinsr