Setiap pasangan pasti mahukan hubungan yang terjalin akan berakhir di jenjang pelamin. Tiada kata dapat diungkapkan apabila sudah bergelar suami isteri.
Hari pertama sah menjadi suami isteri pastinya momen paling indah setiap pasangan, namun ia menjadi perkara melucukan buat lelaki ini.
Mungkin tidak percaya dirinya sudah berkahwin, tular video di TikTok seorang lelaki yang terkejut melihat isterinya berada di dalam bilik apabila bangun dari tidur.
@muhammadyoogaPas bangun tidur kok ada dia,, Eh lupa uda sahh wkwkwkwk,,,,,##ngakak ##360HKFoodMoments ##trend ##medan ##lucu ##viral
Isterinya yang sedang bersiap kelihatan bingung apabila ditanya oleh suaminya bagaimana dia berada dibiliknya. Rupanya, dia terlupa dirinya sudah bernikah.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan aksi lelaki itu. Malah, ada yang turut berkongsikan berdepan pengalaman yang sama.
SUMBER: TikTok