Umum mengetahui baru-baru ini media melaporkan lapan individu termasuk dua orang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan sindiket Macau Scam di Malaysia.
Difahamkan, mereka menggunakan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah
Susulan penahanan itu, SPRM membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta milik sindiket Macau Scam dan perjudian itu. Menurut sumber, rumah dan kereta mewah milik lapan individu itu turut disita bagi membantu siasatan.
“Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM.
“750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket terbabit termasuk akaun selebriti disita susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan haram termasuk perjudian itu memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.
Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.
SUMBER: Harian Metro