Sudah masuk sebelas hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia semakin meningkat. Palbagai usaha dilakukan kerajaan bagi membendung wabak berkenaan terus menular.
Malah kerajaan juga dilihat telah bersiap sedia bagi gelombang ketiga wabak COVID-19 yang dijangka bakal melanda Malaysia.
Malah, sejak semalam tersebar beberapa keping gambar situasi di MAEPS Sedang dipercayai sedang dipersiap untuk dijadikan pusat kuarantin jika gelombang ketiga melanda negara.
https://twitter.com/Twt_PutrajayaWP/status/1243562922388774912
Difahamkan, pusat kuarantin itu mampu memuatkan 500 katil pesakit untuk kegunaan rawatan kes COVID-19. Gambar tular itu sekaligus menimbulkan persoalan di kalangan rakyat yang tertanya-tanya adakah keadaan makin teruk sekarang.
Susulan itu, ramai yang turut mendoakan agar dijauhkan dari bencana besar dan keadaan negara kita akan kembali pulih seperti sedia kala. Tidak kurang juga ada yang menegaskan supaya setiap daripada kita membantu kerjaan dengan mematuhi arahan yang telah diperintahkan.
Dalam pada itu, ramai yang memuji langkah kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudah bersiap sedia lebih awal jika gelombang ketiga berlaku dan berharap semuanya akan baik-baik sahaja.