Mahu ‘Sound’ Munkar Nakir Dalam Kubur Nanti, Azwan Ali Undang Kemarahan Netizen

Dalam dunia ini, banyak lagi benda lain yang kita boleh buat main namun bukanlah perkara berkaitan agama. Baru-baru ini, dalam satu perkongsian pendek podcast dari Singapura, ramai yang kurang senang dengan apa yang diluahkan oleh Azwan Ali.

BACA: Suara Sebijik Macam Azwan Ali, Peniaga Durian Ini Buat Netizen Terhibur

Melalui pertanyaan daripada individu dalam video tersebut, Azwan dilihat lantang menjawab kembali dan disusuli dengan gelak tawa si tukang penyoal.

“Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”

Berikutan daripada video tersebut, beberapa selebriti tempatan turut terkejut dan menyifatkan ungkapan sedemikian tidak sepatutnya terjadi.

Entah apa yang difikirkan Azwan Ali ketika itu. Semoga masih ada masa untuk kita sama-sama menyesali perbuatan kita sekarang.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.