Masih Ada Yang Ingkar Keluar Jogging, Warga Mont Kiara Dikecam

Sudah masuk hari ke sepuluh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, namun masih ada segelintir individu yang bersikap degil dan ingkar mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerjaan untuk duduk di rumah.

Hangat diperkatakan baru-baru ini apabila tular di media sosial foto warga Mont Kiara masih keluar bersenam dan bersiar-siar seperti tiada apa yang berlaku serta tidak mempedulikan arahan PKP.

Tindakan individu tidak bertanggungjawab itu sekaligus menimbulkan rasa geram dan maran dikalangan netizen kerana mereka boleh duduk di rumah dan mengikut arahan kerajaan, mengapa tidak mereka.

https://twitter.com/cocorello/status/1242298574840279046?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1242298574840279046&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fgolongan-t20-di-mont-kiara-terima-kecaman-di-twitter-gara-gara-degil-ingkar-arahan-pkp

https://twitter.com/kimmouto/status/1242675959938945024?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1242675959938945024&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fgolongan-t20-di-mont-kiara-terima-kecaman-di-twitter-gara-gara-degil-ingkar-arahan-pkp

Malah, ada yang meminta tindakan lebih ketat dikenakan terhadap mereka yang ingkar. Dalam pada itu ada yang memberikan komen sindiran dengan mengatakan mereka mampu membeli rumah mahal di kawasan tersebut tetapi tak mampu beli treadmill.

https://twitter.com/ayraraffee_/status/1243429681560317954?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1243429681560317954&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fgolongan-t20-di-mont-kiara-terima-kecaman-di-twitter-gara-gara-degil-ingkar-arahan-pkp

Terbaru, Astro Awani melaporkan pihak polis telah pun menahan 11 individu yang melakukan aktiviti bersenam dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara lewat petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata 11 individu itu terdiri daripada dua warga tempatan, empat warga Jepun, dua warga Korea Selatan dan satu masing-masing dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan India.

Mereka yang ditahan juga tidak mengendahkan amaran dan nasihat yang diberikan oleh pihak polis serta memberikan alasan yang tidak munasabah.

 

Leave a Reply