McDonald’s Perkenal Sea Salt McFlurry, Mula Dijual Hari Ini

0
10070

Apa saja menu keluaran terbaru restoran makanan segera McDonald’s pasti akan membuatkan ramai teruja dan ingin mendapatkannya. Nampaknya McDonald’s Malaysia memperkenalkan menu terbaru mereka untuk mereka yang sukakan ‘pencuci mulut’.

Jika sebelum ini McD pernah tampilkan perisa-perisa unik untuk aiskrim McFlurry seperti Nestum McFlurry, Cempedak McFlurry dan Durian D24, nampaknya McD tampil dengan perisa terbaru yang sememangnya menarik perhatian ramai.

Tampil memperkenalkan Sea Salt McFlurry, aiskrim ini menggabungkan rasa vanilla yang manis berserta garam laut yang masin. Disaluti dengan taburan sprinkles biru ungu berkilau, pasti ramai yang teruja untuk mencubanya.

Sea Salt McFlurry ini dijual dengan harga RM7.08 dan anda boleh dapatkannya mulai hari ini di cawangan McDonald’s seluruh Malaysia. Apa yang pasti menu terbaru daripada Mcd ini akan menjadi gambar makanan Insta Worthy!

SUMBER: HalalFoodiemy